moving title

Kata-kata aluan

Assalamualaikum dan selamat membaca harap anda suka and ceria selalu and don't forget to support #pengembaraansibujang =)

Tuesday, November 27, 2012

Slot Intelek 12:Ketawa? ada juga manfaatnya ^_^


Assalamualaikum dan halo semua!!!
Hahaha bersama Adib lagi dalam Slot Intelek
Ok kali ni Adib nak berkongsi dengan korang 
Tentang 
MANFAAT KETAWA
Hahahaha
Krick-krick merepek je ko nie Adib
Hahahaha (gurauan sahaja)
Hah! orang kata(x taulah sapa kata . tye aq lebam biji mata kau . hahaha gurau je)
OK ! orang kata bila kita ketawa akan gelap hati.
Hah! betol ke?
Betol-betol memang ketawa nie menggelapkan hati
Tapi
Ada juga manfaatnya
Haha nak tau manfaatnya??
OK Manfaat Ketawa adalah:-

1. Merendahkan tekanan darah.
Haha kepada sapa yang darah tinggi tu saya syorkan baik anda ketawa . hahaha
 
2. Merangsang mood.
Yeah percaya atau tidak ketawa ni bleh buat mood kita kalau sedih tu akan jadi gembira . Haha! itu kelebihan ketawa

3. Meningkatkan daya ketahanan badan.
Haha bila kita ketawa badan kita nie akan menjadi aktif atau bertenaga bila ketawa haha tapi xdelah sampai jadi taff mcm Malek Noor . Hahaha nie kalau badan tu penat-penat atau lemah . Haha boleh lah mencuba
 
4. Memperbaiki fungsi otak.
Otak ni pun perlu berseronok jugak kan mcm kita msty nak ada keseronokan . Betul tak? Hahaha bila kita ketawa otak tu akan menjadi cerdas sebab ketawa ni menyebabkan otak tu seperti enjoylah . hahaha
 
5. Melindungi jantung.
Ketawa melindungi jantung?? haha btol tu bila kita ketawa jantung tu akan menjadi lebih rileks . Haha percaya atau tidak itulah manfaatnya untuk jantung
 
6. Merapatkan hubungan dengan orang lain.
Haha yang nie Adib pun terkejut juga . haha ketawa boleh rapatkan hubungan?? Hahaha btol . Haha bila kita ketawa kalau bunyi dia tu menggelikan hati . haha mestilah org yg berada disamping kita mcm member pun akan ketawa gak kan . Hahaha itulah functionnya. Hahaha
 
7. Melegakan perasaan.
Haha ini Adib sangat setuju . Hahaha contohlah bila kita berasa sedih ke marah ke . haha ketawa akan mengubah mood kita yg tgh marah/sedih tuh . Hahaha
 
8. Membuatkan kita berasa selesa.
Yeah bila kita ketawa , kita akan berasa selesa sebab kalau tgh tension ke atau ada masalah , ketawa boleh mengubatinya

9. Ketawa juga boleh meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung
Hahaha untuk pengetahuan korang
ketawa nie pun akan menyihatkan badan
sebab bila kita ketawa seluruh anggota badan akan menjadi aktif .
Haha Adib syorkan ketawalah yeah .
Hahahaha

OK kesimpulannya kat sini ketawa tuh memang ada keburukannya 
Tapi 
ada juga manfaatnya yeah . 
Hahaha
Ketawa pun baik untuk kesihatan . Hahahaha


Haha setakat ini sahaja daripada Adib
Akhir kata
 
Pegi ke kedai berjumpa Nyonya
Ketawa memang ada manfaatnya
 
Hahaha
  Sekian daripada Adib
Moga ceria selalu
  Assalamualaikum dan jumpa lagi ^_^

Slot Intelek 11: Stress? Ini penyelesaiannya! ^_^

Assalamualaikum dan halo semua!!!
Hahaha bersama Adib lagi dalam Slot Intelek
Kali ni Adib nak tanya korang semua
Agak-agak kalau korang ada banyak masalah apa perasaan korang?
Hahaha!
meztylah stress kan (sapa tak stress mintak kena sepuk ngan aku)
Hahahaha!
oklah Adib nak bagi 4 tips nak hilangkannya
Antaranya ialah:-


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 
Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk
sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan
mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan
diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca
akan mudah diingati.
2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an
Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca
Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca
Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti
ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai
teman paling akrab pada sepanjang waktu.
3) Banyakkan Solat Sunat   
Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal
ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat
sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai
solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam
dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan
kekuatan daripada Allah.
4) Selalu berdoa kepada Allah
Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini
bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan
secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,
tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan
dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang
benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki
tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.
Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa
hanya kepada Allah yang Esa.

Okay amacam?still stress ?? 
kalau still stress 
Adib nasihatkan
 lakukan apa-apa aktiviti yang boleh hilangkan stress dulu
Contoh pegi beriadah ke berseronok ke 
Kalau yang perempuan pegilah bershopping yeah
Hahaha shopping , shopping gak jgn sampai membazir
Membazirkan amalan SYAITAN
Hahahaha!
Ataupun Adib nasihatkan baca doa nie

Okay still stress??kalau stress lagi nak kena hentak nie . 
Hahahaha !
Kalau stress lagi tenangkanlah diri tu yeah
Hidup nie kena banyak bertenang okay!!

Hah!tgk!kan dah lain muka tu bila stress.dah tak hensem.haha

Katakan tidak kepada stress ^_^

Okay setakat ini sahaja daripada Adib
Moga-moga korang boleh dapat selesaikan masalah korang tuh yeah
Okay akhir kata daripada Adib
Citer Lestary Hari Selasa
Moga hidup ceria sentiasa
Hahaha!
ok sekian daripada Adib
Assalamualaikum dan Jumpa Lagi !!
^_^

Monday, November 26, 2012

Slot Intelek 10:Akhlak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua
 Hahaha!
apa khabar anda semua?
haha! 
maafkan saya kerana sudah lama tidak berada di dalam Slot Intelek ini
Haha!
baiklah bersama saya dalam Slot Intelek yang bertajuk
'AKHLAK '
Hahah apa kejadah pulak ko merepek ni Adib!!
Hahaha baiklah
Apa itu akhlak?
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku)
 iaitu kata jama daripada perkataan (al-khuluqu) 
Yang bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkah laku, matuah, adat kebiasaan, 
malah ia juga bereti agama itu sendiri
Hahaha ! panjang benor makna nya
Hahaha!
Bila akhlak kita baik akan baiklah diri kita
tapi ingat
Hahaha
Bila akhlak kita yang buruk maka buruklah diri kita
Hahaha!
sekarang nie 
ramai manusia yang cari pasangan kekasih nya berdasarkan pada paras rupa je
tapi akhlaknya MasyaALLAH tidak secantik paras rupanya
Hahahaha! dah mcm ayat sastera pun ada gak nie .
hahaha nak citer kt sini kalau rupanya boleh cantik kenapa akhlak itu tidak boleh cantik
Hahaha 
Yang lelaki memang dah hensem yang perempuan lak memang dh cantik
Tapi akhlak pun kena cantik jugaklah yeah
Hahahaha

Hahaha nampak kt situ
Akhlak yang baik ni boleh diibaratkan seperti sekuntum bunga tau
Yang luarannya amat cantik
Haha! 
Nak citer kat sini bila dalaman(akhlak) kita cantik 
maka 
Luaran(diri) kita pun jd cantiklah
Nampak tak apa yg saya ingin sampaikan
Hahaha
Jadi kesimpulannya kat sini
DIRI kita akan menjadi baik apabila AKHLAK kita pun baik yeah!


 Hahaha setakat ini saja dahulu daripada saya
Akhir kata daripada saya
Bangun pagi gosok gigi
Semoga kita berjumpa lagi
Assalamualaikum dan jumpa lagi
^_^



Sunday, May 27, 2012

Peringatan untuk kita semua ^_^

Bismillahirrahmanirrahim
Asa​lamualaikum kpd anda semua..
Haha! lama juga yeah x update blog nie..
Haha!maafkan saya yeah kerana busy sangat sampai lupa lak ngan blog nie..
Hahaha!
Hah!Dunia akhir zaman nie byk berlaku kes pembuangan bayi...nak tau puncanya?..
Puncanya ialah:-

Yang Lelaki:-
-Mula2 nak knowing
-Lps tu berchatting
-lps tu ajak berdating
-Lps tu mulalah tangan tu nk moving
-Lps tu dh pandai nk duduk nearing
-Dah tu berhugging
-Dah hugging cuba testing
-Dah testing hah! mulalah nk playying!!
-Dah playying satisfying
-Dh satisfying regretting
-Dh regretting ignoring
-Dh ignoring apa lagi runninglah...

Hah! itu yg lelaki yg perempuan:
--Mula2 ada lelaki nak knowing
--Lps tu dia ajak lelaki berchatting
--lps tu lelaki itu ajak berdating dia accepting
--Lps tu yg lelaki mulalah tangan tu nk moving yg perempuan tu giving
--Lps tu dh pandai nk duduk nearing
--Dah tu berhugging
--Dah lelaki nak cuba hugging perempuan tu giving je
--Lelaki tu ajak playying!!! dia accepting bukan nak rejecting
--Dah playying satisfying
--Dh satisfying mulalah crying
--2 Bulan lps tu perut pun berbunting
--Bila dh berbunting nk wasting yelah dh embrassing
--Dh wasting mulalah nk regretting

--Haha! nampak x..sapa yg salah? 
dua-dua yg salah sebab apa iman x cekal dihati.
.Kalau iman cekal di hati xkan jadi benda2 mcm nie.
.Haha! kesimpulannya apa2 yg nk dilakukan kena fikir byk kali dulu.
.nie dh buat masa tulah nk cari ustazlah ustazahlah.
.Haha! apa2 pun keputusan semuanya di tangan anda..
.Sekian klau kata2 saya ini menyakitkan/mengguris hati/​perasaan anda,maafkan saya.
.Saya juga manusia yg lemah serupa mcm anda semua juga yeah....
Sekian
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^_^


Saturday, April 21, 2012

Gambaran ALAM MAHSYAR


Ini adalah GAMBARAN Alam Mahsyar.
Semoga ia akan memberi peringatan kepada kita semua.
Sesungguhnya hanya ALLAH saja yang maha mengetahui keadaan hamba2 Nya ketika berada di sana.

ALLAHHU AKHBAR!


Gambaran  ALAM MAHSYAR

1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti
tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali
Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut
nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.



2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman
mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang
menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan
Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa". Ini menunjukkan kebesaran &
keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.



3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya
meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula
di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang
rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.



4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz
Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia
umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.



5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan
hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat
takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi
kelak.



6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh
yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar.
Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal),
berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi
yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan
lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.



7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan
cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya.
Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.



8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu
turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta'ala. Seluruh
makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang
menakutkan.



9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda.
Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas
kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti
keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan
dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul
atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan
mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.



10. Terdapat satu kolam kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama
Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang
mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang
menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam
ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan
rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir
dari syurga.



11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7
golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:



1. Pemimpin yang adil.

2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).

7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.



12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua
manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian
mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka
mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia
ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah
Ta'ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s.,
Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan
sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah
saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.



13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah
Ta'ala. Lalu diperkenankan doa baginda.



14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga
menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun.
Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang
malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun)
sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba
dibumi.



15. 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah
(bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul
oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia
seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan
malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.



16. Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy
yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih
kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah
ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.



17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu
dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan
masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa
silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib
& 'Atid / Kiraman Katibin.



18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-
masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang
zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.



19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w.,
dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum
yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.



20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat
akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil
dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika
orang bukan mukmin.



21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca
Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai
lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang
gelap untuk menimbang dosa.



22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4
mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.



23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam,
maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap
akan ditimbang.



24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-
kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan.
Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.



25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang
ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang
dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya
menyeberangi titian sirat.



26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :

a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.

b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta'ala.

27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh
Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini
berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000
orang yang lain.



28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga
melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian)
yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti
sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang.
Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.



29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000
tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun.
Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang
binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya
disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.



30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap
makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang
sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam
neraka.


Friday, April 13, 2012

Keagungan Ilahi ^_^

Ratu malam sang rembulan
Raja siang sang matahari
Keduanya selalu bertentangan,

Tarik menarik
Dorong mendorong
Saling menguasai,
Seolah selalu bertanding tiada henti

Tiada yang kalah
Tak ada yang menang,
Karena dengan kedua sifat yang bertentangan ini
Seluruh alam semesta bergerak!

Dunia berputar,
Saling mengisi,
Yang satu melengkapi yang lain
Tanpa yang satu
Takkan ada yang lain,

Siang dan malam
Terang dan gelap
BAik dan jahat
Tanpa yang satu,
Apakah yang lain itu akan ada?
Tanpa adanya gelap,
Dapatkah kita mengenal terang?

Inilah sebuah kenyataan
Yang telah dikehendaki Allah
Tanpa kehendaknya, takkan terjadi apa-apa



Monday, April 02, 2012

Slot Intelek 9:Usaha

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua yg membaca blog ini
Baiklah hari ini Adib nak cakap pasal
'USAHA'
Hahaha!
Baiklah agak-agak nak sukses dalam hidup kena wat pe ek?
Agak-agak korang apa?
Yeah mestilah dengan berusaha kerana apa
Usaha adalah tangga kejayaan
Hahaha!
Jadi kesimpulannya disini jika anda gagal untuk mencapai sesuata yg anda mahukan
Maka usahalah lagi untuk mencapainya lagi
Akhir kata
Cerialah selalu dalam kehidupan anda
Sekian,terima kasih ^_^